Proulama terajui kepimpinan PAS menjelang PRU-14

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Proulama terajui kepimpinan PAS menjelang PRU-14
6/4/2015 1:05:38 PM

Proulama terajui kepimpinan PAS menjelang PRU-14

PENGERUSI Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi (tengah) mengumumkan Barisan Kepimpinan Tertinggi PAS yang baru bagi tahun 2015-2017 pada Muktamar Tahunan PAS ke-61, di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA SELANGOR: Kepimpinan PAS bagi tempoh dua tahun menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dibarisi kumpulan proulama yang mendominasi hampir keseluruhan jawatan tertinggi dalam parti itu.

Keputusan itu agak mengejutkan terutama kepada kumpulan pro-DAP, Anwarinas serta PASMA yang nyata ditolak perwakilan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan Presiden PAS, biarpun kali pertama kali dicabar sejak 13 tahun lalu, selepas menyingkirkan pencabar, Ahmad Awang yang turut dikaitkan dengan PASMA.

Sementara jawatan nombor dua PAS menampilkan pemimpin baharu selepas penyandangnya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu kalah teruk kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim menang selepas memperoleh 881 undi, sementara hanya 279 undi diperoleh Mat Sabu.

Keputusan penuh pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS pusat, Asmuni Awi di Stadium Tertutup Kuala Selangor, kira-kira jam 12.15 pagi tadi.

Bagi jawatan Naib Presiden, menyaksikan kejutan apabila dua penyandang, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub tewas, sementara Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar yang tewas pada pemilihan sebelum ini, turut melalui nasib sama.

Dengan keputusan itu, tiga kerusi bagi jawatan ketiga tertinggi dalam pimpinan PAS pusat, disandang tiga muka baharu iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Samad serta Datuk Nik Mohd Amar Abdullah.

Idris memperoleh 856 undi untuk berada pada kedudukan tertinggi, sementara Iskandar yang juga EXCO Selangor dengan 672 undi, manakala 710 undi diperoleh Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Jawatan AJK PAS pusat turut menyaksikan beberapa pemimpin terkenal tersingkir termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad; Ahli Parlimen Sepang, Hanifa Maidin dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa; bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli turut kecundang pada pemilihan kali ini.

Berdasarkan keputusan diumum malam tadi itu, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 yang akan memulakan sesi perbahasan usulnya pagi ini dijangka panas, malah kemungkinan menyaksikan ada usul tergempar bakal dikemuka perwakilan.

Paling utama, usul Dewan Ulama PAS kelmarin yang mahu parti itu memutuskan hubungan dengan DAP dilihat seakan menjadi topik perbahasan utama perwakilan, sekali gus akan memberi tempias kepada gabungan pakatan pembangkang PAS-DAP-PKR.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2015-2017:

Nasruddin Hassan Tantawi 782

Dr Riduan Mohamed Noor 782

Datuk Mohd Nasruddin Daud 777

Sallehen Mukhyi 763

Nik Zawawi Salleh 749

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali 736

Datuk Dr Mohamed Fadli Hasan 722

Datuk Abdullah Hussin 679

Razman Zakaria 674

Dr Mohd Zuhdi Marzuki 670

Mokhtar Senik 656

Zaharudin Muhammad 611

Dr Ali Akbar Gulasan 596

Mazlan Aliman 593

Dr Rosni Adam 590

Muhd Noor Mohamad 566

Muhamad Sanusi Md Nor 556

Nor Azli Musa 544

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Proulama terajui kepimpinan PAS menjelang PRU-14"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info