LG Perkenal Model TV yang Boleh Digulung Seperti Kertas...

 

 

Siakap Keli News

LG Perkenal Model TV yang Boleh Digulung Seperti Kertas...
6/4/2015 11:59:00 AM

SEOUL: Sebelumnya, LG berjaya memperkenalkan model televisyen yang paling nipis sehingga apabila dilekatkan pada dinding ia ibarat wallpaper.

Terkini, LG sekali lagi muncul dengan model yang mana lebih canggih yang mungkin tidak pernah terlintas perkara seperti ini akan muncul.

Firma elektronik tersebut dari Korea Selatan kini dilaporkan akan mempamerkan televisyen yang bersaiz kecil dan nipis tetapi yang menariknya kali ini ia boleh digulung dengan ukur lilit 3 sentimeter tapa menjejaskan struktur lapisannya. Sekiranya tidak diperjelaskan anda mungkin akan menyangkakan bahawa ia adalah kertas biasa.

Bagaimanapun ia masih menggunakan teknologi televisyen yang dikeluarkannya sebelum ini yang mana paling nipis di dunia iaitu OLED ataupun Organic Light-Emitting Diode.


Teknologi OLED tersebut telah diubahsuai supaya boleh digulung dengan selamat. Bagaimanapun bagi permulaan, LG hanya mencipta yang bersaiz kecil iaitu berukuran 18 inci sahaja sebelum memperbesarkan saiz model barunya itu kepada lebih 60 inci menjelang 2017 kelak.

Idea prototaip model canggih ini sebenarnya sudah didedahkan kepada orang ramai sejak tahun lalu dan kini ia bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 yang akan berlangsung pada Ahad ini. — Siakapkeli.my


Skrin OLED ini mampu mengeluarkan cahaya sendiri dan tidak memerlukan bantuan backlight ataupun cahaya belakang seperti model televisyen jenis 'flat screen' biasa dan oleh kerana itulah LG mampu menghasilkan televisyen yang sangat nipis. — Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "LG Perkenal Model TV yang Boleh Digulung Seperti Kertas..."

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info