PM ucap tahniah atlet renang berirama menang emas Sukan SEA

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

PM ucap tahniah atlet renang berirama menang emas Sukan SEA
6/4/2015 9:18:16 AM

PM ucap tahniah atlet renang berirama menang emas Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada gandingan perenang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee yang menyumbang emas pertama Malaysia di Sukan SEA ke-28, Singapura.

Najib menyampaikan ucapan itu menerusi catatan terkini di akaun Facebook dan Twitter miliknya hari ini.

Gandingan perenang itu menjuarai kategori teknikal duet dan rutin bebas, di Pusat Akuatik OCBC di Singapura dengan mencapai kelebihan tipis 1.0731 mata untuk mengetepikan wakil Singapura, Stephanie Chen-Crystal Yap.

Katrina Ann-Zylane mengumpul 75.3436 mata dalam acara rutin teknikal dan menambah 75.5667 mata dalam final rutin bebas untuk mengumpul sejumlah 150.9103 mata berbanding 149.8372 mata oleh peserta tuan rumah. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PM ucap tahniah atlet renang berirama menang emas Sukan SEA"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info