Rakyat Kelantan Bakal Menerima Perkhidmatan Unifi Ogos Ini

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Rakyat Kelantan Bakal Menerima Perkhidmatan Unifi Ogos Ini
6/29/2015 11:24:55 PM

BERITA baik buat penduduk Kelantan kerana perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, akhirnya tiba di negeri itu menjelang Ogos ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Kelantan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan itu akan dinikmati oleh penduduk di daerah Kota Bharu, Kubang Kerian, dan Pengkalan Chepa sahaja.

Menurut laporan Astro Awani, TM tidak akan menyediakan perkhidmatan Streamyx di kawasan yang mempunyai liputan UniFi, ini bermaksud kepada pengguna yang sedia mempunyai Streamyx, bolehlah menaik taraf kepada liputan Unifi.

Melalui UniFI, pengguna boleh menikmati sambungan internet pada kelajuan 5Mbps, selain itu ia juga turut dilengkapi dengan sokongan panggilan suara dan juga HyppTV.

Pada awalnya, TM menyasarkan untuk memperkenalkan UniFi di negeri Kelantan sekitar penghujung tahun 2013, namun ia dilihat telah ditangguhkan beberapa kali.

TM mengatakan mereka menyasarkan lebih kurang 5000 pelanggan berdaftar di Kelantan menjelang Mac 2016 kelak selepas UniFi diperkenalkan pada bulan Ogos ini.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Rakyat Kelantan Bakal Menerima Perkhidmatan Unifi Ogos Ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info