Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon – Adenan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon – Adenan
6/4/2015 11:22:59 AM

Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon – Adenan

NAJIB dan Adenan mengangkat tangan bersama tanda bersatu dalam perjuangan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan, Kuching. – Foto Mohd Radzi Bujang

KUCHING: Sarawak menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana melihat jelas keikhlasan perdana menteri dalam usaha membantu membawa pembangunan di Sarawak.

"Kita (kami) di Sarawak tahu erti terima kasih kepada orang yang menolong, kita sokong dia kerana itulah yang betul. Kita kenal siapa yang benar dan siapa yang 'eksyen' saja," kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon, sentiasa berusaha membawa kebaikan, pemimpin yang dianggapnya "melihat kesilapan dan cuba membetulkannya, yang melihat penderitaan dan cuba memulihkannya."

"Beliau diserang kiri dan kanan oleh mereka yang tidak mengenang budi di Semenanjung, termasuk dalam UMNO sendiri yang tidak tahu berterima kasih, hanya tahu tikam belakang. Kita di Sarawak ikhlas. Jika kami sokong anda, kami akan katakan demikian," katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini hari ini.

Adenan berkata, sumbangan Najib kepada Sarawak amat besar.

Katanya, beliau tahu Najib sentiasa lembut hati dengan Sarawak dan warga Sarawak pula memang sentiasa menyokong kepimpinan Najib dalam keadaan susah atau pun senang.

Adenan turut menyatakan bahawa beliau sedang berunding dengan Najib untuk melihat sekiranya ada kuasa tertentu daripada kerajaan pusat yang boleh diturunkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan di peringkat negeri.

"Ada perkara-perkara yang kita (kami) buat lebih bagus lagi, kita runding mana bidang kuasa yang boleh kita gunakan oleh Sarawak, supaya autonomi kita lebih bererti," katanya.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Najib pemimpin ikhlas, tidak pandai berlakon – Adenan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info