Pindaan Akta Juruukur Bahan dikuat kuasa tidak lama lagi

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Pindaan Akta Juruukur Bahan dikuat kuasa tidak lama lagi
6/11/2015 3:10:35 AM

Pindaan Akta Juruukur Bahan dikuat kuasa tidak lama lagi

MENTERI Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. – Foto Sairien Nafis

PETALING JAYA: Pindaan Akta Juruukur Bahan (QS) yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi akan membawa perubahan ke atas transformasi kerjaya QS dengan menjadikannya lebih berdaya saing dan berdaya tahan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata pemansuhan keperluan kewarganegaraan akan membolehkan QS asing berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan menawarkan perkhidmatan seperti warganegara di negara ini.

"Selain itu ia juga akan menyediakan banyak peluang untuk QS Malaysia menunjukkan kemahiran dalam pasaran antarabangsa, terutama dalam ekonomi pesat membangun pada asas yang sama," katanya dalam ucapan pada Kongres Juruukur Antarabangsa ke-17 di sini hari ini.

Bertemakan 'Integrasi Kecemerlangan', acara yang dianjurkan oleh Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), yang kini mempunyai lebih 8,000 ahli.

Fadillah berkata menerusi daya saing yang tinggi dan berada dalam kumpulan terbaik, Malaysia boleh menjadi hab pendidikan global dalam menyediakan profesional pendidikan terbaik untuk industri.

Beliau berkata pindaan Akta Juruukur Bahan itu juga memperluas skop profesional industri QS menerusi pendaftaran ahli teknologi QS dan lulusan ijazah bukan teras QS ke dalam profesion itu,s sekali gus menjadikan industri berkenaan lebih rancak dan pelbagai.

Beliau juga berkata selari dengan kejadian banjir besar yang belum pernah terjadi sebelumnya dan gempa bumi di Sabah, peserta industri perlu mengambil kira hakikat bahawa perubahan iklim yang melampau dan bencana alam yang menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk.

"Bagi mengurangkan cabaran alam sekitar ini, kita mesti memberi tumpuan dan penekanan kepada kecemerlangan pembinaan lestari dalam memastikan bangunan dan rumah kita dapat menahan bencana dengan mematuhi piawaian antarabangsa seperti Kod Euro Bagi Reka Bentuk Struktur bagi Ketahanan Gempa Bumi dan Kod Bangunan Struktur dan Seismik Antarabangsa Amerika Syarikat.

Beliau berkata kerajaan menyokong penuh usaha RISM dalam memainkan peranan utama dalam mengetuai penggunaan model maklumat binaan dalam industri.

Kongres dua hari itu memberi peluang kepada peserta pemahaman yang lebih baik mengenai isu-isu semasa termasuk peluang dan cabaran dalam pasaran hartanah dan industri pembinaan. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pindaan Akta Juruukur Bahan dikuat kuasa tidak lama lagi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info