1MDB nafi tuduhan enggan benar Deloitte mulakan pengauditan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

1MDB nafi tuduhan enggan benar Deloitte mulakan pengauditan
6/11/2015 2:40:05 AM

1MDB nafi tuduhan enggan benar Deloitte mulakan pengauditan

ARUL Kanda. – Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan dakwaan pihaknya enggan membenarkan Deloitte memulakan pengauditan.

Presidennya, Arul Kanda, berkata lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB menemui firma pengauditan antarabangsa itu seawal Februari tahun ini bagi membincangkan tarikh memulakan proses mengaudit selepas tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

"Malah, pengauditan anak syarikat utama 1MDB, Edra Global Energy Bhd, sudah pun bermula," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Arul Kanda yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkata demikian ketika merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, seperti yang dilaporkan dalam portal berita.

Tony Pua dipetik sebagai berkata, Kementerian Kewangan dan pengarah syarikat 'enggan membenarkan Deloitte' mengaudit 1MDB.

Arul Kanda berkata, 1MDB kini menjalani semakan semula dan penyiasatan akaun oleh Jabatan Audit Negara.

"Masa pengurusan kini difokuskan untuk ini (audit) berdasarkan kepentingan awam dan menyelesaikan kajian semula itu secepat mungkin.

"Lembaga pengarah sentiasa berbincang dengan Deloitte mengenai proses audit dan maklumat terkini akan dikeluarkan pada masa yang bersesuaian," katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "1MDB nafi tuduhan enggan benar Deloitte mulakan pengauditan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info