Pindaan Akta AKM 1998 Dan AKSM 1998 Dijangka Dibawa Ke Dewan Rakyat

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pindaan Akta AKM 1998 Dan AKSM 1998 Dijangka Dibawa Ke Dewan Rakyat
6/8/2015 12:29:17 AM

KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (AKSM) 1998 dijangka dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pindaan akta itu yang antara lain bertujuan untuk memperkukuh peruntukan termasuk melibatkan soal media sosial kini dalam pertimbangan jadual Parlimen untuk dibentangkan.

"Dalam pindaan ini, kita akan sesuaikan dengan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan, juga dengan Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA).

"Waktu dulu, aspek media sosial tidak menjadi perkara besar. Tetapi dengan perkembangan kini, kita akan selesaikan dengan perkara baru agar masyarakat kita dapat dilindungi," katanya ketika menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (DAP-Alor Setar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Gooi ingin tahu apakah pindaan ke atas AKM 1998 dan ASKM 1998 seperti diumumkan menteri pada Mac lalu akan dapat menangani pelbagai salah guna media sosial yang melibatkan pelanggaran sensitiviti agama, kaum termasuk menjadi saluran 'mengrekrut' keganasan.

Ahmad Shabery berkata kajian semula AKM 1998 bukan sahaja dikhususkan untukmenangani isu yang berlaku melibatkan media sosial sebaliknya turut diperkukuhkan dengan elemen lain dalam usaha untuk mencapai sebuah negara digital.

Beliau berkata semakan semula akta turut akan dilihat secara keseluruhan bagi memastikan pindaan yang dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang.

"Akta ini akan turut memperlihatkan semula peranan SKMM dalam mempertingkatkan capaian rangkaian telekomunikasi di seluruh Malaysia khususnya di kawasan berpenduduk," katanya.

Bagi ASKM 1998 pula katanya, kajian dibuat untuk memperkukuh serta menambah baik terutama dari segi peruntukan penting mengenai urus tadbir serta pindaan lain yang dapat membantu perjalanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengawal selia industri telekomunikasi negara. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pindaan Akta AKM 1998 Dan AKSM 1998 Dijangka Dibawa Ke Dewan Rakyat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info