Perjuangan PAS Masih Islam Tapi Undur Ke Belakang

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Perjuangan PAS Masih Islam Tapi Undur Ke Belakang
6/29/2015 4:41:26 AM

SELEPAS tamat Muktamar Tahunan PAS ke-61 dengan keputusan lebih memihak kepada golongan ulamak untuk menerajui parti, golongan profesional yang turut bersama-sama dalam perjuangan tersebut semakin menjauhkan diri.

Adakah ini simptom biasa setiap kali selepas muktamar, ataupun kerana kemenangan yang diraih pihak agamawan sekaligus menepis terus kedudukan profesional dalam jawatan-jawatan tertinggi parti?

Dalam satu temu bual bersama portal Malaysiakini, anak mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, iaitu Muhammad Faiz berkata, strategi perjuangan PAS kini dilihat mengundur ke belakang walaupun asas kepimpinan parti itu masih memperjuangkan Islam.

Pemimpin PAS Malukan Islam Di Mata Ramai – Dr Hatta

"Dasar perjuangan itu saya percaya masih Islam, cuma strategi perjuangan itu telah diundur ke belakang, di mana pada era 70-an, 80-an, PAS ini dicop sebagai parti pak lebai, parti ustaz, parti kekampungan."

Ujarnya lanjut, menginjak ke tahun-tahun berikutnya, PAS semakin melebarkan strategi perjuangannya dengan menarik minat ramai golongan profesional untuk menyertainya.

"Pada era 80-an, 90-an dan 2000, telah berlaku anjakan pada dasar strategi perjuangan PAS yang lebih terbuka dengan konsep mengambil ramai profesional menyertai PAS. 

"Ramainya profesional dalam PAS, seterusnya boleh bertahaluf dengan parti lain, dapat membentuk kerajaan dan kita dapat lihat contoh kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz yang menunjukkan satu pemerintahan yang baik, bersih, yang telah melonjak nama PAS itu sendiri."

Beliau turut menyentuh tentang slogan yang diamalkan PAS sebelum ini iaitu 'PAS For All' yang merujuk kepada keterbukaan PAS menerima ahli untuk menyertainya.

Namun, ujar Faiz, keputusan muktamar kali ini yang memilih kepimpinan baru disifatkannya agak tertutup dan hanya menfokuskan isu agama tanpa menfokuskan kepada kepentingan keterbukaan PAS kepada semua kaum.

Pergolakan kepimpinan dalaman PAS berlanjutan usai muktamar apabila golongan profesional atau turut dikenali sebagai progresif PAS tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai, lantas dikatakan bakal menubuhkan parti baru.

Antara peneraju kumpulan yang dikenali sebagai G18 ini adalah Mohammad Sabu atau Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Mujahid Yusuf Rawa dan Dr Hatta Ramli.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Pendapat Anak Mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Perjuangan PAS Masih Islam Tapi Undur Ke Belakang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info