Penstrukturan semula MAS patuhi prinsip adil, telus dan perikemanusiaan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Penstrukturan semula MAS patuhi prinsip adil, telus dan perikemanusiaan
6/9/2015 9:52:48 AM

Penstrukturan semula MAS patuhi prinsip adil, telus dan perikemanusiaan

KAUNTER tiket Malaysia Airlines. – Foto Mikail Ong

KUALA LUMPUR: Malaysian Airline System Bhd (MAS) menasihati warga kerjanya agar tidak terpengaruh dengan sesetengah pihak yang mendakwa memperjuangkan hak mereka susulan edaran surat penamatan perkhidmatan kepada staf MAS.

MAS dalam satu kenyataan hari ini, berkata penstrukturan semula syarikat sentiasa berpandukan kepada prinsip keadilan, ketelusan dan perikemanusiaan.

"Keperluan undang-undang yang ditetapkan oleh peraturan pekerjaan di semua wilayah operasi MAS juga dipatuhi.

"MAS juga menubuhkan sebuah panel perundingan pekerja bagi berbincang dengan semua lapan kesatuan yang diiktiraf mengenai isu berkaitan pekerja," katanya.

Syarikat penerbangan itu berkata maruah warga kerjanya adalah amat penting bagi syarikat dan ia mengulangi komitmen untuk menyediakan sokongan mencukupi bagi membantu pekerja yang meninggalkan syarikat sepanjang proses peralihan daripada kerjaya dalam MAS kepada suatu yang baharu.

Pada 1 Jun 2015, MAS memulakan fasa baharu yang signifikan dalam program penstrukturan semula dengan memastikan saiz tenaga kerja sepadan dengan keperluan operasi syarikat penerbangan baharu, Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Transformasi untuk mewujudkan syarikat penerbangan mampan dan berterusan menuntut kumpulan tenaga kerja lebih kecil daripada saiz semasa yang ditanggung oleh MAS.

Ia berkata proses semakan semula dan pemilihan yang ketat dan mantap telah dilaksana, menyaksikan kira-kira 14,000 pekerja ditawarkan jawatan dalam syarikat penerbangan baharu itu manakala sekitar 6,000 lagi akan meninggalkan syarikat.

"Hari terakhir perkhidmatan bagi pekerja terbabit ialah pada 31 Ogos 2015 dan sepanjang tempoh itu pekerja yang melakukan kesalahan disiplin akan tertakluk kepada proses tatatertib biasa.

"Jika didapati bersalah, pekerja itu akan dipecat dan tidak layak menerima pakej penamatan perkhidmatan," katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penstrukturan semula MAS patuhi prinsip adil, telus dan perikemanusiaan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info