"Pemimpin Yang Pengecut Merupakan Manusia Paling Bahaya" - TMJ

 

 

Siakap Keli News

"Pemimpin Yang Pengecut Merupakan Manusia Paling Bahaya" - TMJ
6/29/2015 12:17:00 AM

Tengku Mahkota Johor, atau TMJ terus memberikan ayat-ayat nasihat yang ditujukan kepada umum khusunya tetapi kali ini diberikan khas untuk penduduk Johor sahaja.

Terbaru, TMJ mengeluarkan satu posting di Facebook Johor Southern Tiger yang bertajuk "Erti Kepimpinan" yang mana isinya menceritakan erti sebenar sebuah kepimpinan yang kini semakin sukar untuk dijumpai.
Menurut TMJ yang memetik kata-kata ayahandanya, pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali.
Selain itu, TMJ juga turut menyatakan posting terbabit khusus untuk rakyat Johor memandangkan artikel-artikel yang diposkan olehnya sebelum ini menyebabkan orang melenting.
"Nampaknya apa yang saya katakan sering membuatkan ramai orang melenting. Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya", katanya.
Berikut adalah posting penuh dari TMJ.
ERTI KEPIMPINANAlmarhum nenda saya selalu berpesan, sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti. Malang sekali, dalam dunia masa kini, sifat ini semakin sukar dijumpai.
Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat. Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya.
Nasihat saya kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat. Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.
Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa. Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Nampaknya apa yang saya katakan sering membuatkan ramai orang melenting. Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya.
Akhir kata, saya bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Sultan Ibrahim. Ayahanda saya, Raja saya.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk ""Pemimpin Yang Pengecut Merupakan Manusia Paling Bahaya" - TMJ"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info