Pakatan Rakyat Selangor Lumpuh – Tony Pua

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pakatan Rakyat Selangor Lumpuh – Tony Pua
6/8/2015 1:50:28 AM

KUALA LUMPUR – Mustahil untuk pakatan rakyat yang terbentuk hasil kerjasama diantara tiga parti pembangkang dapat diteruskan di Selangor berdasarkan keputusan Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan usul menghentikan kerjasama dengan DAP.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, keputusan yang dibuat Muktamar PAS itu menyebabkan pakatan rakyat di Selangor tidak lagi seperti dahulu kerana Exco Kerajaan Selangor daripada PAS tidak akan lagi memberi kerjasama kepada Exco daripada DAP.

"Sukar dibayangkan mana-mana pihak percaya pakatan rakyat boleh terus wujud dalam keadaan berpecah belah ini kerajaan pakatan rakyat Selangor terbentuk daripada tiga parti atas platform dasar bersama.

"Bagaimanapun, apabila dasar bersama itu dilanggar, diburukkan lagi dengan keputusan salah satu parti menghentikan kerjasama dengan parti lain, maka kerjasama itu secara dasarnya telah runtuh.

"Bolehkan kita bayangkan bagaimana keadaan semasa mesyuarat Exco apabila wakil PAS mengabaikan Exco daripada DAP dan mengganggap seolah-olah mereka tidak wujud," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tony Pua berkata, masalah disebabkan keputusan PAS itu akan turut berlaku diperingkat pihak berkuasa tempatan kerana Ahli Majlis daripada PAS tidak akan lagi mempedulikan pandangan Ahli Majlis daripada DAP kerana sudah tiada kerjasama antara mereka.

Tambah beliau, keretakan yang berlaku dalam pakatan rakyat itu diburukkan lagi dengan `seruan perang' ke atas DAP oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi melalui ucapannya dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Justeru, katanya, dalam tempoh beberapa minggu akan datang, rakyat Malaysia akan menyaksikan penjajaran semula politik tanah air bagi mengisi kelompongan yang dwujudkan PAS.

"Kemampuan untuk mengisi jurang perbezaan ini dengan kewujudan sebuah parti baharu akan menentukan masa depan Selangor dengan gabungan baharu (parti politik).

"Kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan kerajaan Selangor sedia ada akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pakatan Rakyat Selangor Lumpuh – Tony Pua"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info