Facebook Kini Meriah Dengan Perang 'Meriam Siapa Paling Hebat'

 

 

Siakap Keli News

Facebook Kini Meriah Dengan Perang 'Meriam Siapa Paling Hebat'
6/28/2015 10:30:00 PM

Bunga api, mercun, puasa dan raya memang cukup sinonim. Hilang salah satunya ibarat tidak sempurnalah suasana untuk menyambutnya.
Kini kita sudah memasuki hari ke-12 di bulan Ramadhan. 
Namun kemeriahan Ramadhan dan Syawal kali ini lebih kepada 'perang' antara beberapa portal media hiburan di laman-laman sosial yang saling menunjukkan kehebatan meriam masing-masing.
Siakapkeli juga tidak mahu ketinggalan dalam acara ini. Bukan sahaja kami, turut sama beradu nasib adalah Oh Media, Oh Bulan, Amran Fans dan Rani Kulup Fans.



Setiap portal juga saling cabar-mencabar siapakah memiliki meriam yang paling 'power'.
Malah suasana perang ini semakin meriah apabila followers setiap portal dilihat turut memberi sokongan dan kata-kata semangat.
Ada juga yang memberi cadangan supaya perang ini dapat dilihat melalui rakaman video supaya bunyi meriam dapat didengari dan dapat diadili oleh setiap followers. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Facebook Kini Meriah Dengan Perang 'Meriam Siapa Paling Hebat'"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info