Pelancong Singapura Paling Suka Curi Barang Hotel?

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pelancong Singapura Paling Suka Curi Barang Hotel?
6/4/2015 2:04:11 AM

SINGAPURA – Pelancong warga Singapura berada antara senarai teratas 'panjang tangan' kerana suka mengambil barangan dari bilik hotel, menurut laporan disiarkan stesen milik pemerintah, Channel NewAsia pada Khamis.

Ia berdasarkan hasil kaji selidik trend pencuri hotel yang membabitkan 4,700 responden daripada 28 negara, dengan keputusannya, pelancong dari Singapura berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Argentina.

Kajian secara rawak itu dilakukan laman tempahan hotel antarabangsa, Hotels.com, dari Mac sehingga April lalu dan berdasarkan keputusan, Singapura meraih 71 peratus, hanya kurang dua peratus daripada Argentina.

Gambar hiasan

Bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan mendapati kebanyakan mereka bukan pula mencuri barangan mewah, sebaliknya cuma mengambil peralatan kecil dan keperluan asas yang biasanya ada diletakkan di dalam bilik hotel.

Pelancong Singapura paling suka mengambil selipar iaitu sebanyak 53 peratus, manakala 35 peratus pula gemar mencuri peralatan menulis serta baki 12 peratus lagi membawa pulang buku dan majalah di hotel penginapan.

Hotels.com turut melaporkan selepas Singapura, pelancong Sepanyol, Jerman dan Ireland antara pencuri terbesar, namun pelancong warga Amerika Syarikat berada pada kedudukan sederhana kebarangkalian mencuri di hotel.

Gambar hiasan

Dalam pada itu, pelancong Colombia adalah paling kurang mencuri barangan hotel iaitu 31 peratus diikuti warga Denmark, Hong Kong, Korea Selatan dan Norway yang berkongsi kedudukan sama dengan 33 peratus sahaja.

Ini bermakna tiada negara yang pelancongnya langsung tidak mencuri dan kajian Hotels.com mendapati, semua pelancong memang akan mengambil barangan mandian di bilik air dengan alasan sebagai cenderamata kenangan.

Ini diakui penulis buku hotel terlaris Heads in Beds, Jacob Tomsky yang berpengalaman 10 tahun dalam industri perhotelan antarabangsa: "Pihak hotel pun malah periksa selongkar bagasi setiap pelanggan mereka." - Agensi/H.A.AMREE

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pelancong Singapura Paling Suka Curi Barang Hotel?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info