Rohingya: Tak perlu mandi, kafan dua kali – Jamil Khir

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Rohingya: Tak perlu mandi, kafan dua kali – Jamil Khir
6/4/2015 7:13:53 AM

Rohingya: Tak perlu mandi, kafan dua kali – Jamil Khir

JAMIL Khir menyampaikan replika Insentif Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Musim 1 tahun 2015 kepada wakil penerima dari MADA F-4 Sungai Limau Dalam, Md Yusuf Bakar, 53, (kiri) pada Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mada G-IV Guar Chempedak, di sini hari ini. – Foto Sharul Hafiz Zam

GUAR CHEMPEDAK: Jenazah pelarian Rohingya yang ditemui sempurna berkafan di Wang Kelian, Perlis, tidak perlu dimandikan dan dikafankan lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata jenazah itu boleh dikebumikan semula tanpa perlu dimandikan atau dikafankan buat kali kedua, bagaimanapun urusan berkenaan kini di bawah pengendalian pihak pengurusan yang bertanggungjawab terhadap penemuan kubur di kawasan berkenaan.

"Saya difahamkan, mayat di situ ada yang sudah dimandikan dan dikafan, jadi kalau sudah diuruskan, dimandikan, tidak perlu dimandikan kali kedua, jika sudah dikafankan, tidak perlu kafan dua kali.

"Itu (urusan pengendalian mayat) di bawah pengurusan pihak yang bertanggungjawab kepada penemuan sebab apa yang saya difahamkan, mereka telah diuruskan mengikut pengurusan jenazah," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Projek Estet Padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mada G-IV Guar Chempedak, di sini hari ini.

Mengulas isu berkaitan penyerahan wang zakat kepada pelarian Rohingnya yang berada di negara ini, Jamil Khir berkata ia bergantung kepada negeri-negeri kerana kutipan zakat bukan tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Itu (pemberian zakat) hak negeri masing-masing, ini bukan di bawah Jakim, ia kutipan di negeri masing-masing," katanya.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,174,389 kepada 478 peladang dari kawasan Bukit Besar, Sungai Limau dan Guar Chempedak, yang melibatkan kawasan seluas 785.266 hektar.

Jamil Khir berkata sumbangan berkenaan ialah usaha berterusan daripada kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dalam membantu meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan pesawah.

"Kita dapat rasai proses pembelaan kepada mereka (pesawah) dengan pengwujudan estet padi, termasuk juga peningkatan hasil padi menerusi pemberian racun dan sebagainya, ini adalah satu daripada program untuk meningkatkan hasil tanaman.

"Kita kena terima realiti bahawa kawasan hasil tanaman semakin mengecil kerana memberi laluan kepada pembinaan perumahan dan tujuan pembangunan, namun pada masa sama, kerajaan melalui Mada, menyusun strategi untuk meningkatkan hasil pendapatan," katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Rohingya: Tak perlu mandi, kafan dua kali – Jamil Khir"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info