Lelaki Ditahan Kerana Status Facebook Hina Gempa Sabah

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Lelaki Ditahan Kerana Status Facebook Hina Gempa Sabah
6/7/2015 11:28:20 PM

GARA-gara menulis status menghina di laman Facebooknya, seorang lelaki berusia 22 tahun dilapor telah ditahan pihak polis.

Lelaki yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam itu menulis status seakan mengejek tanpa mengambil kira sensitiviti mengenai kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada awal pagi Jumaat lalu.

Menulis, "Kena gempa bumi baru nak kecoh..Standard la negeri penuh sociality..pub..night club terbanyak di Malaysia..Nak goyang sangat kan. Tuhan dah bagi goyang tu, kenapa takut pula??"

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Assisten Komisioner, M. Chandra, lelaki tersebut ditahan pada jam 9 malam semalam selepas satu laporan polis dibuat mengenai status yang dikeluarkan oleh lelaki itu.

"Kami merampas sebuah telefon bimbit dan dua sim kad daripada suspek dan telah merekod kenyataan daripadanya," katanya.

Menurut Chandra lagi, pihaknya akan membawa kes itu kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Perkembangan gempa Sabah (8 Jun, 09:00 pagi)

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Lelaki Ditahan Kerana Status Facebook Hina Gempa Sabah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info