Kanak-Kanak Lima Tahun Didera Ibu Tiri

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Kanak-Kanak Lima Tahun Didera Ibu Tiri
6/27/2015 2:32:29 AM

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota badan, dipercayai didera ibu tirinya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.

Kejadian itu hanya disedari ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 28, pada Khamis lalu, selepas mengambil anaknya di rumah bekas suaminya, sejurus dihubungi ibu tiri mangsa yang meminta mengambil kanak-kanak terbabit kerana tidak mampu menjaganya.

Difahamkan, kanak-kanak itu dijaga oleh bapa kandungnya selepas ibu bapa mangsa bercerai sejak tahun 2013.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu dalam keadaan tidak bermaya selain dipenuhi kesan parut di tubuh badan, termasuk parut lama.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya didera.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes terbabit disiasat 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis sudah mengambil keterangan ibu kandung mangsa. – BH Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Lima Tahun Didera Ibu Tiri"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info