IS Dakwa Serang Resort Di Tunisia, Hingga Korban 39

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

IS Dakwa Serang Resort Di Tunisia, Hingga Korban 39
6/27/2015 2:26:34 AM

TUNIS – Kumpulan militan negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab dalam serangan di sebuah resort tepi pantai Tunisia yang mengorbankan 39 nyawa.

Agensi berita Xinhua melaporkan IS dalam satu kenyataannya melalui Twitter menyatakan, penyerang bersenjata itu dikenal pasti sebagai Abu Yahya al-Qayrawani.

Beliau menyatakan dirinya sebagai seorang tentera Khalifah dan tindakannya itu adalah sebagai memerangi penguasaan tentera kafir.

Pada kejadian Jumaat lalu, penyerang bersenjata itu melepaskan tembakan ke resort pantai popular di bandar Sousse, selatan bandaraya ini, menjadikannya serangan paling dahsyat dalam sejarah Tunisia.

Berikutan serangan itu, Perdana Menteri Tunisia, Habib Essid mengumumkan negara itu merancang menutup 80 masjid bagi memerangi kegiatan hasutan dan mengawal aktiviti keganasan.

Mereka yang terbunuh dalam serangan itu kebanyakannya pelancong British selain pelancong dari negara yang lain. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "IS Dakwa Serang Resort Di Tunisia, Hingga Korban 39"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info