Kabus Halang Usaha Mencari Mangsa Di Gunung Kinabalu

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Kabus Halang Usaha Mencari Mangsa Di Gunung Kinabalu
6/7/2015 11:55:19 PM

KUNDASANG – Operasi mencari dua rakyat Singapura yang disenarai hilang di Gunung Kinabalu ditangguh sementara ekoran keadaan berkabus.

Sumber polis berkata langkah itu dibuat bagi mengelak bahaya kepada anggota mencari dan menyelamat dengan usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan apabila cuaca kembali normal.

Yang hilang terdiri daripada seorang guru dan murid.

Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu pemberita bahawa 16 mayat telah ditemui sementara dua orang lagi diklasifikasi sebagai hilang.

Yang maut termasuk enam warga Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, China dan Jepun.

Kejadian berlaku ekoran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang turut melanda gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada pagi Jumaat lalu.

Sementara itu di Kota Kinabalu, beberapa anggota keluarga mangsa yang meninggal dilihat menunggu di bilik khas di Hospital Queen Elizabeth di mana pengecaman dan bedah siasat mayat sedang dijalankan di hospital itu. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kabus Halang Usaha Mencari Mangsa Di Gunung Kinabalu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info