Doktor Berjaya Bedah Buang 420 Biji Batu Dari Buah Pinggang Seorang Lelaki

 

 

Siakap Keli News

Doktor Berjaya Bedah Buang 420 Biji Batu Dari Buah Pinggang Seorang Lelaki
6/9/2015 3:23:00 AM



CHINA: Seorang lelaki yang merupakan penggemar tofu terkejut besar selepas doktor berjaya membuang 420 biji batu karang setelah buah pinggangnya dibedah.

Lelaki berkenaan, He, 55, berkata, batu karang tersebut terbantuk kerana tabiat makannya yang suka memakan tofu tetapi tidak minum banyak air kerana tofu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.

Dia hanya menyedari penyakitnya itu selepas mendapatkan rawatan doktor kerana mengalamo sakit di bahagian bawah perut.

Selepas menjalani pemeriksaan X-ray doktor terkejut kerana mendapati buah pinggangnya mengandungi begitu banyak batu.

Pembedahan akhirnya dijalankan selepas He tidak dapat minum air kerana saluran buah pinggangnya sudah tersumbat dan perlu digantikan dengan buah pinggang baru.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Wei, ini adalah kejadian pertama dalam hidupnya menyaksikan begitu banyak batu di dalam buah pinggang di mana pembedahan untuk membuang ketulan-ketulan batu itu mengambil masa sehingga 2 jam.

"Ketika pembedahan hampir berakhir, barulah saya sedar betapa lengan dan kaki saya kebas kerana terpaksa mengutip 420 batu yang pelbagai saiz dan warna,' katanya.

Dr. Wei memberitahu bahawa kebanyakan tofu yang dijual di Dongyang mengandungi kandungan kalsium yang amat tinggi dan kurang minum air selepas memakan tofu tersebut menjadi salah satu faktor kepada pembentukan batu karang. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Doktor Berjaya Bedah Buang 420 Biji Batu Dari Buah Pinggang Seorang Lelaki"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info