Suami Felixia Yeap Seorang Yang Berjawatan CEO

 

 

Siakap Keli News

Suami Felixia Yeap Seorang Yang Berjawatan CEO
6/9/2015 3:44:00 AM


Bukan calang-calang orang rupanya suami kepada Felixia Yeap.
Dr Rezal Khairi Ahmad sebenarnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NanoMalaysia Berhad.
Berasal dari Kuala Lumpur, beliau juga merupakan bekas pensyarah di Universiti Tenaga Nasional.
Malah latar belakang pendidikannya juga hebat dengan memiliki PhD di dalam bidang teknologi nano.
Sebelum ini Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap tidak mendedahkan butiran suaminya itu.
Malah ketika melangsungkan majlis pernikahannya pada 6 Jun lalu, bekas model berkenaan juga tidak memuatnaik gambar suaminya secara penuh.
Apatah lagi beliau mengatakan majlis pernikahannya dibuat secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Apa-apa pun kami mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga Felixia dan Dr Rezal. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Suami Felixia Yeap Seorang Yang Berjawatan CEO"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info