Dr Mahathir Cetus Kekecohan Dalam Negara, Kenyataannya Dimanipulasi Pembangkang - Najib

 

 

Siakap Keli News

Dr Mahathir Cetus Kekecohan Dalam Negara, Kenyataannya Dimanipulasi Pembangkang - Najib
6/9/2015 2:20:00 AM



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai punca berlaku 'kekecohan' di dalam negara ketika ini.

Memetik laporan mStar Online, Najib berkata segala 'keadaan kucar kacir' yang telah ditimbulkan Dr Mahathir itu semakin buruk selepas ia telah manupulasi oleh pihak pembangkang.

"Ia memberi kesan besar kepada persepsi orang ramai, kerana beliau bukan hanya sekadar rakyat biasa," 

"Apa-apa kontroversi yang timbul terhadap tindakan kerajaan akan mengambil masa sehari, jika tidak seminggu untuk disebarkan.

"Tun tidak perlu berdepan tuduhan yang tidak berkesudahan yang dikitar semula dan dikongsi dalam sekelip mata. Perkataan 'viral' juga tidak wujud semasa pentadbiran beliau," katanya dalam soalan lazim (FAQ) di laman blog NajibRazak.com.

Perdana Menteri juga mengatakan media di dalam talian sebenarnya mempunyai 'agenda tersembunyi' di mana mereka ini akan memutarbelitkan tajuk utama dan perkara ini akan dikongsi menyebabkan ia disebarkan dalam masa yang singkat.

"Dengan serangan dalam talian, ia tidak menghairankan bahawa Tun percaya terdapat 'kekecohan' yang lebih besar pada hari ini." 

"Walaupun berdepan dengan banyak kritikan saya berjaya membawa perubahan di dalam negara seperti yang ditunjukkan dalam rekod kerajaan sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan enam tahun lalu."

"Walaupun saya tidak meletak jawatan ia tidak akan menghalang Dr Mahathir daripada campur tangan dalam urusan pentadbiran negara."

"Beliau boleh katakan hanya menjalankan hak demokrasi sebagai seorang rakyat Malaysia, tetapi ini adalah Tun Mahathir. Orang cenderung untuk percaya apa yang diperkatakannya, walaupun ia tidak tepat sepenuhnya," kata Najib. - Siakapkeli.my

FAQ NajibRazak.com

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dr Mahathir Cetus Kekecohan Dalam Negara, Kenyataannya Dimanipulasi Pembangkang - Najib"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info