Disney Haramkan Penggunaan Monopod Di Taman Tema

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Disney Haramkan Penggunaan Monopod Di Taman Tema
6/27/2015 3:30:33 AM

DISNEY dalam satu kenyataan rasmi dilaporkan telah mengharamkan penggunakan kayu selfie atau lebih dikenali sebagai monopod dalam taman tema di seluruh dunia bermula Selasa ini.

Memetik laporan akhbar USA Today, Disney memutuskan keputusan itu atas faktor-faktor keselamatan para pengunjung.

selfiesticksatdisneyland

"Kami sentiasa mahu menyediakan pengalaman yang indah untuk seluruh keluarga tetapi monopod itu telah menjadi kebimbangan ke atas keselamatan pengunjung dan pelakon kami," kata jurucakap Disney Kim Pruty dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pengharaman itu berkuat kuasa pada Selasa bagi empat taman tema Walt Disney World di Florida, dua taman tema Disneyland di California dan DisneyQuest di Orlando.

Manakala, larangan penggunaan monopod di taman tema Disneyland di Paris dan Hong Kong akan berkuat kuasa bermula 1 Julai (Rabu).

Bagaimanapun, pengunjung yang berada di hotel dan resort milik Disney masih boleh menggunakan monopod.

Pada minggu lepas, sebuah roller coaster di sebuah taman tema Disney di California terpaksa diberhentikan separuh jalan selepas seorang penumpang mengeluarkan kayu monopod.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Awani

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Disney Haramkan Penggunaan Monopod Di Taman Tema"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info