Sultan Pahang Nyatakan Sokongan Kepada Saya Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu orang ramai bahawa dia telah mendapat sokongan daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus memimpin negara.

Menurut Najib, sokongan Tuanku dan sokongan kuat penyokongnya di Pahang akan menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan "meracun akarnya" di Pahang.

"Kita jaga kawasan kita. Kita hendak Pahang ini terus jadi kubu. Ada orang hendak mengancam kita. Ada orang hendak meracun akar kita, pastikan pokok kita terus tegap teguh.

 "Alhamdulillah semua sokong kita," katanya sewaktu bercakap kepada penyokongnya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Beliau memberitahu orang ramai bahawa Tuanku Sultan Ahmad Shah menyatakan sokongan kepadanya sejak dari awal lagi dengan bertitah Pahang sokong sepenuhnya, daripada Raja sampai rakyat biasa.

"Terima kasih, saya rasa amat terharu. Percayalah dengan mandat ini saya akan buat yang terbaik untuk Pahang dan negara kita yang tercinta.

"Terima kasih atas sokongan yang cukup mengkagumkan ini," beliau berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk "Sultan Pahang Nyatakan Sokongan Kepada Saya Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info