Shafee dibenar soal balas Anwar Ibrahim

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Shafee dibenar soal balas Anwar Ibrahim
5/27/2015 4:19:40 AM

Shafee dibenar soal balas Anwar Ibrahim

SHAFEE menjawab soalan wartawan di luar Mahkamah Tinggi di sini hari ini. – Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibenarkan menyoal balas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan lampau kes liwatnya, dalam perbicaraan saman fitnah dikemukakan bekas ketua pembangkang itu terhadap Senator Datuk Seri S Nallakaruppan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan membenarkan Muhammad Shafee yang mewakili Nallakaruppan berbuat demikian sekali gus menolak bantahan awal berhubung soalan berkenaan yang didakwa Anwar mengaitkan perihal karektornya.

Anwar menyaman Nallakaruppan pada 25 Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakaruppan memfitnahnya menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation.

Ketika kejadian, Nallakaruppan adalah pengarah eksekutif perhubungan awam Magnum.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Shafee dibenar soal balas Anwar Ibrahim"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info