4 Perkara Untuk Buatkan Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda!

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

4 Perkara Untuk Buatkan Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda!
5/27/2015 5:42:33 AM

4 Perkara Untuk Buatkan Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda!

Setiap wanita pasti ingin tampil menarik dan berharap semua orang menyukai mereka serta selesa berada di sisinya.

Bukan hanya itu saja, wanita juga berharap setiap lelaki di sekelilingnya akan jatuh cinta padanya.

Berbicara mengenai cinta dan menarik perhatian lelaki agar jatuh cinta bukan perkara mudah.

Namun, dipetik daripada wikihow.com, setiap wanita boleh melakukan beberapa perkara yang mampu menarik perhatian lelaki atau membuatkan mereka jatuh cinta pada anda.

Percaya Diri

Untuk membuatkan mereka di sekeliling anda merasa selesa dan tertarik pada anda, cubalah untuk menjadi wanita yang percaya dan tetap apa adanya. Walaupun begitu, anda tetap harus menjadi wanita yang tahu menjaga diri sendiri dan selalu menjaga adab sopan santun juga ramah di hadapan orang lain.

Beberapa kajian mendapati bahawa lelaki akan lebih tertarik pada wanita yang percaya pada diri sendiri dan terima seadaanya. Selain percaya pada diri , cubalah untuk menjadi diri sendiri dan jujur​​.

Bersikap terbuka

jatuh_cinta_terbuka

Jadilah seorang wanita yang menarik, terbuka dan usahakan untuk ramah serta berbicara dengan orang – orang di sekeliling anda. Berhentilah menjadi seorang yang pendiam kerana hal ini akan membuat anda kelihatan tertutup dan membuat lelaki enggan mengetahui lebih dalam tentang anda.

Jadi seseorang yang menyeronokkan dengan bercerita, bergurau dan berbincang mengenai hal – hal yang positif. Pandai – pandailah untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Selain menyukai wanita yang menyenangkan, lelaki suka dengan wanita bijak serta berpengetahuan luas.

Penyayang

jatuh_cinta_penyayang

Lelaki sangat suka dengan wanita yang penyayang serta penuh perhatian. Cuba untuk menjadi wanita yang penyayang, penuh kasih dan juga penuh perhatian. Perlakukan orang – orang di sekitar anda dengan baik.

Cubalah untuk tidak pernah menyakiti perasaan orang – orang di sekeliling anda dan tunjukkan bahawa anda adalah seorang wanita baik, ramah juga ikhlas di saat memberikan pertolongan pada orang lain. Sifat penyayang dan keibuan dari wanita inilah yang banyak dicari serta disukai oleh lelaki.

Tampil Cantik dan Elegan

jatuh_cinta_cantik

Semua lelaki akan gembira apabila melihat wanita tampil cantik, anggun dan elegan. Agar lelaki di sekitar anda suka atau jatuh cinta pada anda , pastikan anda selalu menjaga penampilan anda. Usahakan untuk tampil cantik, bersih dan wangi.

Cubalah untuk mandi sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari, mencuci muka dengan teratur, memakai pakaian bersih, gunakan deodoran dan lain-lain lagi. Apabila anda boleh melakukan hal ini dengan baik, hal ini boleh menjadi titik positif untuk mendorong para lelaki untuk mengenal anda lebih dekat.

Itulah 4 perkara yang boleh anda lakukan agar para lelaki suka dan jatuh cinta pada anda. Selain hal tersebut, cubalah untuk menjadi wanita yang tenang, namun tetap feminin dan sedikit manja. Usahakan untuk menjadi wanita yang tidak terlalu bimbang dengan banyak hal. Percayalah, bahawa peribadi yang tenang, akan membuat ramai orang tertarik serta merasa selesa apabila bersama anda.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "4 Perkara Untuk Buatkan Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda!"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info