Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Polis Switzerland tahan pegawai FIFA atas tuduhan rasuah
5/27/2015 2:48:38 AM
SAN FRANCISCO: Pihak berkuasa di Zurich, Switzerland hari ini menahan beberapa pegawai tinggi FIFA berhubung dakwaan rasuah dan akan ekstradisi mereka ke Amerika Syarikat (AS), lapor New York Times (NYT).
Mengikut NYT yang memetik pegawai, kesalahan pegawai FIFA berkenaan termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan penipuan pemindahan wang yang berlanjutan sejak lebih dua dekad membabitkan pertubuhan itu yang memayungi sukan bola sepak dunia.
Lebih daripada 10 pegawai dijangka didakwa, lapor akhbar itu.
Pegawai berkenaan kini di Zurich menghadiri Kongres FIFA yang mana Sepp Blatter, penyandang jawatan presiden sekarang akan dicabar Putara Ali Al Hussein dalam pemilihan pada Jumaat ini. – Reuters

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Polis Switzerland tahan pegawai FIFA atas tuduhan rasuah"