Saham KL tinggi pada tengah hari

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Saham KL tinggi pada tengah hari
5/26/2015 2:05:34 AM

Saham KL tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia kukuh ketika mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh kenaikan dalam saham mewah terpilih.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.03 mata kepada 1,773.41, selepas bergerak antara 1,755.09 dan 1,776.07 sepanjang sesi pagi.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 418 berbanding 270, manakala 290 kaunter tidak berubah, 849 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 881.08 juta saham bernilai RM827.88 juta.

Far East meningkat 30 sen kepada RM8.32 dan United Plantations menokok 28 sen kepada RM26.50, manakala Syarikat Takaful naik 21 sen kepada RM3.30.

Kenanga Research menyemak semula julat dagangan mingguannya menurun kepada 1,750-1,800 mata dengan kecenderungan menurun berikutan kekurangan pemangkin baharu dan sentimen domestik yang lemah.

"Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan beberapa pemulihan teknikal sepanjang minggu ini berikutan keadaan terlebih jual," katanya dalam nota penyelidikan.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot 3.0 sen kepada RM9.14, Tenaga menambah 6.0 sen kepada RM13.30, Public Bank menokok 20 sen kepada RM19.16 dan Axiata meningkat 16 sen kepada RM6.65.

AirAsia X kekal saham yang paling aktif diniagakan pada sesi pagi, dengan sahamnya turun setengah sen kepada 28.5 sen, diikuti Frontken, yang naik setengah sen kepada 29.5 sen.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 31.72 mata kepada 12,243.49, FBM Emas Syariah naik 38.51 mata kepada 12,700.52, Indeks FBMT100 menokok 29.28 mata kepada 11,926.62 dan FBM 70 berkurangan 10.33 mata kepada 13,317.18.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 27.27 mata kepada 15,831.39 dan Indeks Perladangan turun 4.43 mata kepada 7,409.23, manakala Indeks Perusahaan susut 7.02 mata kepada 3,220.73. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Saham KL tinggi pada tengah hari"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info