PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat
5/27/2015 1:55:30 AM

PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya akan mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung kesudahan kemelut yang semakin meruncing antara parti itu dan DAP. Abdul Hadi berkata, pendekatan itu kerana PAS sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku kepada pihak pakatan pembangkang jika parti sekutu itu berpecah, sebaliknya menganggap isu itu akan selesai apabila masanya tiba nanti. "Saya tak boleh sebut perkara akan datang. Dia (DAP) tak tahu hati saya dan saya tak tahu hati dia, jadi saya tak jawab soalan 'kalau' dan apa akan terjadi.

"Cara terbaik untuk selesai kemelut ini adalah tunggu dan lihat…buat masa ini saya ingin menumpukan kepada pemilihan Muktamar PAS," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini. Ditanya adakah PAS bersedia untuk keluar daripada pakatan pembangkang Abdul Hadi berkata parti itu sebelum ini pernah bersendirian di dalam kerajaan dan di luar kerajaan. "Bagaimanapun biasanya peristiwa lama tidak akan berulang. Konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak boleh bersendirian. "Buat masa sekarang PAS masih bersama Pakatan, saya masih di kerusi sama, tapi saya tak tahu perkara akan datang," kata Abdul Hadi. Ahad lepas, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilapor membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu, sekali gus menggambarkan pakatan itu kini di ambang perpecahan. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Abdul Hadi keluar dari pakatan pembangkang jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PAS ambil pendekatan tunggu dan lihat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info