MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Penyokong Spurs Bertemu Pemain Pilihan
5/26/2015 8:22:09 AM
Pemain Tottenham Hotspurs, Michel Vorm (kiri) dan Roberto Soldado (dua,kiri) ketika melayan peminat-peminat selepas sesi latihan menjelang perlawanan persahabatan Piala AIA Kuala Lumpur 2015 di antara Malaysia XI menentang Tottenham Hotspurs di Stadium Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA – Penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur dari empat negara termasuk Malaysia, berpeluang bertemu dengan pasukan berkenaan di sini hari ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Spurs Malaysia, Syahizan Wahab berkata walaupun Tottenham Hotspur bukan pilihan utama penyokong kelab EPL di negara ini, kehadiran pasukan itu yang merupakan sebuah kelab elit di England, perlu dihargai peminat bola sepak tempatan.
"Saya rasa peminat bola sepak Malaysia secara amnya harus berasa teruja dengan kedatangan mana-mana pasukan EPL ke Malaysia kerana peluang beraksi menentang kelab EPL bertaraf dunia bukan sentiasa ada," katanya kepada Bernama selepas sesi pertemuan antara peminat dan pemain Tottenham Hotspur di sebuah hotel di sini hari ini.
Kelab penyokong pasukan tersebut dari Indonesia, Thailand dan Singapura hadir pada majlis itu.
Pasukan mendapat jolokan 'The Spurs' itu akan beraksi menentang Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok, sebelum meneruskan jelajah pra musim mereka ke Australia. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penyokong Spurs Bertemu Pemain Pilihan"