Jakarta Kaji Untuk Menghalalkan Sektor Pelacuran Dalam Usaha Membendung Masalah Pelacuran Kanak-Kanak

 

 

Siakap Keli News

Jakarta Kaji Untuk Menghalalkan Sektor Pelacuran Dalam Usaha Membendung Masalah Pelacuran Kanak-Kanak
5/28/2015 3:21:00 AM



Untuk mengawal aktiviti pelacuran yang dilihat semakin berleluasa, Jakarta hari ini dikatakan telah mengkaji melalui pihak berkuasa Khas Jakarta untuk menghalalkan aktiviti pelacuran di bandaraya itu.

Dikatakan aktiviti pelacuran mungkin akan dibenarkan di beberapa kawasan di Jakarta dalam usaha untuk mengawal pelacuran haram di bilik-bilik dan pangsapuri yang disewa.

Idea untuk mehalalkan pelacuran untuk mewujudkana pekerja industri seks berdaftar dibangkitkan oleh Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama, atau lebih dikenali sebagai Ahok, kerana banyak kejadian yang tidak diingini berlaku termasuk kes-kes jenayah.

Tujuan kawasan-kawasan pelacuran khas diwujudkan di tempat tertentu dikatakan untuk memudahkan semakan ada kawalan dalam aktiviti pelacuran melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Memetik laporan portal MerahPutih.com, Saefullah, Setiausaha pihak berkuasa wilayah khas Jakarta, berkata cadangan itu sedang dikaji untuk menghalalkan penggunaan bahagian-bahagian bangunan apartmen sebagai kawasan untuk pelacuran.


Menurutnya, idea ini telah menerima pelbagai reaksi daripada penduduk Indonesia dan idea ini juga akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum dilaksanakan.

Baru-baru ini di bandaraya tersebut telah belaku satu kes pembunuhan melibatkan seorang pelacur berumur 26 tahun yang ditemui mati di dalam bilik hotel yang disewa beliau dan dipercayai telah dibunuh oleh pelanggan beliau.

Mereka juga telah berjayakan menumpaskan sendiket pelacuran kanak-kanak di bawah umur selepas melakukan serbuan di sebuah apartmen mewah dan menyelamatkan 10 remaja, termasuk seorang yang mengandung, dijadikan pelacur kelas atas.

Sebelum itu, bekas pembesar dari Belitung Timur dikatakan menyuarakan hasrat untuk mendirikan sebuah bagunan khas untuk dihuni oleh pekerja seks dan kerana itulah Ahok dikatakan cuba mengkaji untuk mengwujudkan kawasan khas untuk aktiviti pelacuran. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jakarta Kaji Untuk Menghalalkan Sektor Pelacuran Dalam Usaha Membendung Masalah Pelacuran Kanak-Kanak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info