AS dakwa 9 pegawai FIFA, 5 eksekutif di Miami

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

AS dakwa 9 pegawai FIFA, 5 eksekutif di Miami
5/27/2015 5:52:45 AM

AS dakwa 9 pegawai FIFA, 5 eksekutif di Miami

PIHAK berkuasa di Switzerland menahan enam pegawai bola sepak di hotel di Zurich ketika FIFA bersedia untuk pemilihan pucuk pimpinan baharu, Jumaat ini. – Foto AFP

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), hari ini membuka dakwaan ke atas sembilan pegawai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan lima eksekutif berhubung kes konspirasi dan rasuah yang berlaku dalam tempoh 24 tahun.

Badan itu menyebut, pihaknya bertindak demikian selepas pegawai menyerbu ibu pejabat pertubuhan bola sepak CONCACAF di Miami sebagai sebahagian daripada kes berkenaan.

"Ia merentangi sekurang-kurangnya dua generasi pegawai bola sepak, seperti didakwa, yang menyalahgunakan jawatan masing-masing dengan menerima rasuah berjuta ringgit," kata peguam negara, Loretta Lynch dalam satu kenyataan mengenai dakwaan itu.

Dakwaan itu didedahkan selepas pihak berkuasa di Switzerland menahan enam pegawai bola sepak di hotel di Zurich ketika FIFA bersedia untuk pemilihan pucuk pimpinan baharu, Jumaat ini. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "AS dakwa 9 pegawai FIFA, 5 eksekutif di Miami"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info