3 ahli geng ditahan, dadah RM1.1j dirampas

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

3 ahli geng ditahan, dadah RM1.1j dirampas
5/26/2015 12:53:16 AM

3 ahli geng ditahan, dadah RM1.1j dirampas

KETUA Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi (dua dari kanan) menunjukkan dadah bernilai RM1.1 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres berkembar di Lorong Padang Tembak, Air Itam ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di Georgetown. – Foto Rudy Syareme Sheriffudin

GEORGETOWN: Polis menahan tiga lelaki dipercayai ahli kongsi gelap dalam serbuan ke sebuah makmal memproses dadah di Lorong Padang Tembak, Air Itam di sini, petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri selepas menerima maklumat mengenai makmal haram berkenaan jam 5.20 petang.

Beliau berkata, dalam serbuan itu sejumlah 34 kilogram (kg) heroin; Ecstasy (2,738 biji) dan kafien seberat 10.4 kg bernilai RM1.1 juta dirampas.

"Kita turut menyita dua kereta jenis Toyata Altis dan Proton Wira yang dianggarkan bernilai RM77,000 selain wang tunai RM1,382.

"Nilai pasaran dadah dianggarkan RM1.1 juta dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.8 juta.

"Ketiga-tiga suspek berusia 25 hingga 47 tahun kini ditahan reman hingga 31 Mei ini untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "3 ahli geng ditahan, dadah RM1.1j dirampas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info