Tabung Haji teruskan penjualan tanah di TRX

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Tabung Haji teruskan penjualan tanah di TRX
5/26/2015 1:03:39 AM

Tabung Haji teruskan penjualan tanah di TRX

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan rancangannya untuk menjual semula satu plot tanah seluas 0.634 hektar di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya kekal dengan keputusan berkenaan kerana yakin mampu mendapatkan sedikit keuntungan daripada penjualan plot tanah itu, selain sudah ada pembeli.

"Ketika ini, kami dalam proses untuk memaktubkan plot tanah itu bagi perjanjian jual dan beli, sekali gus memuktamadkan penjualannya.

"Pembelinya sudah ada. Keputusan ini dilakukan kerana TH masih mendapat sedikit keuntungan daripadanya dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Proton Preve kepada Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58, di bangunan TH, di sini, sebentar tadi.

Tabung Haji sebelum ini membayar RM188.5 juta untuk membeli plot tanah berkenaan di TRX untuk dibangunkan dengan sebuah pangsapuri khidmat.

Tabung Haji memperuntukkan dana RM11 bilion untuk pelaburan yang mana hingga kini sejumlah RM5.6 billion sudah digunakan.

Pulangan daripada pelaburan berkenaan digunakan untuk subsidi dan pengurusan haji selain pengagihan keuntungan melalui hibah bonus tahunan di mana Tabung Haji telah membayar purata lebih enam peratus sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Tabung Haji menganggarkan subsidi haji tahun ini berjumlah sekurang-kurangnya RM120 juta dengan subsidi bagi setiap jemaah dianggarkan sebanyak RM7,290 bagi mengekalkan kos jemaah menunaikan haji pada RM9,980 berbanding kos sebenar yang berjumlah RM17,270.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tabung Haji teruskan penjualan tanah di TRX"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info