Zamani Perlukan RM50,000 Untuk Pembedahan Tulang Belakang


Zamani Slam yang kini sudah tampak lebih sihat berbanding sebelum sebenarnya menghidapi sakit tulang belakang sejak tiga tahun yang lalu.



Dana sebanyak RM 50,000 diperlukan untuk pembedahan tersebut, namun Zamani mempunyai masalah kewangan dan tidak mempunyai akaun peribadi  di bank untuk menyimpan wang simpanan sepanjang bergelar artis.


Sebelum ini, timbul isu dimana Zamani pernah bertanyakan kemana hilangnya hasil titik peluh beliau. Penyanyi itu bercadang untuk menggunakan wang tersebut untuk menampung kos rawatan pembedahan tulang belakang.


Walaubagaimanapun menurut peguam yang mewakili Zamani saudara Ahmad Zaharil Muhaiyar, kecederaan pada tulang belakang Zamani disebabkan beliau aktif bersukan sebelum ini dan bukan kerana mengambil bahan terlarang.


Itulah pentingnya untuk mempunyai wang simpanan di bank. Kita tidak boleh mempercayai orang dengan sewenang-wenangnya. Zaman sekarang adik beradik pun boleh menipu antara satu sama lain apatah lagi mereka yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kita.


Sumber Berita: Malaysian Digest

0 Komentar untuk "Zamani Perlukan RM50,000 Untuk Pembedahan Tulang Belakang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info