Misteri Identiti Aidena Braizieva dirungkai



KAJANG: Sebelum ini misteri mangsa keenam korban helikopter Dauphin AS365 N2 yang mengorbankan beberapa ahli kenamaan akhirnya terjawab hari ini.

Mangsa sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva iaitu merupakan rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.

Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.

Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada Clifford dan pernah beberapa kali mengikutnya ketika melakukan penerbangan. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Misteri Identiti Aidena Braizieva dirungkai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info