Ustaz Kazim Akan Umum Pendirian Samada Teruskan Berceramah Atau Berhenti Esok



IPOH : Pendakwah bebas terkenal Datuk Mohd. Kazim Elias seolah-olah sudah tidak bersemangat lagi untuk memberikan ceramah sejak kebelakangan ini apabila telah dibabitkan beberapa isu.

Beliau memberitahu perkara demikian di dalam program Ceramah Perdana Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Kem Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta dekat sini semalam.

"isu-isu yang dihadapi sejak menjadi pendakwah menyebabkan saya seolah-olah kehilangan sema­ngat untuk terus berceramah."

Difahamkan DUKE sudah mula menolak jemputan menjadi tetamu dari beberapa stesen televisyen.

Bagaimanapun beliau akan masih meneruskan mengadakan ceramah di luar demi menyiapkan pembinaan ba­ngunan tambahan di Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi, dekat sini sehingga siap.

Pembinaan bangunan tambahan tersebut dikatakan menelan kos kira-kira RM500,000 jadi beliau masih mencari dana sehingga cukup melalui sumbangan dan duit gaji dari ceramahnya sendiri.

Ditanya sama ada beliau serius untuk berhenti daripada berce­ramah, Mohd. Kazim berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenainya.

Apa-apa pun tunggu (pengumuman), Khamis ini,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Beliau menegaskan juga jika berhanti berceramah, Madrasah Barakah kelolaannya itu hanya akan mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun sahaja.

Ini kerana pusat yang menempat pelajar, orang tua-tua serta anak yatim memerlukan kos besar yang selama ini ditampung hasil daripada sagu hati beliau berceramah, penjualan buku dan sumbangan orang ramai.

“Bil elektrik untuk satu blok asrama sahaja RM10,000 sebulan. Jika saya berhenti berceramah, bagaimana saya nak tampung kos keseluruhan pusat ini yang memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini tiada tajaan daripada sesiapa. Jika ditutup bermakna hilanglah sekolah pondok yang berjaya menaikkan nama negeri Perak,” katanya. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Ustaz Kazim Akan Umum Pendirian Samada Teruskan Berceramah Atau Berhenti Esok"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info