Polis buru lelaki bersenjata bunuh 3 model



Tegucigalpa: Polis memburu lelaki bersenjata yang menembak mati tiga orang model selepas memaksa mereka keluar dari kereta mereka dan meniarap di atas jalan.

Mangsa Alma Mariela Vargas, 28, dari San Marcos de Colón manakala Madelyn Ramirez Zambrano, 21, dan Blanca Velasquez Alejandra Meija, 20, dari San Pedro Sula sedang memandu dalam sebuah Toyota SUV di kawasan Valle de Angeles ketika mereka diserang, kelmarin.

Kereta mereka dipintas lelaki bersenjata menaiki kereta dan motosikal.

Menurut polis, mangsa dipaksa keluar dan dibunuh secara kejam.

Seorang lelaki dan wanita yang berada di situ mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan dibawa ke Hospital Escuela untuk rawatan.

Menurut Laprensa.hn, polis menemui 15 kelongsong peluru di tempat kejadian.

Seorang pegawai berkata, seorang penembak meminta nama salah seorang model sebelum menembaknya.

“Dia ditembak dulu, diikuti dengan dua lagi rakannya,” katanya.

Tragedi itu menyusuli penahanan Jose Miguel “Chepe” Handal, pemimpin organisasi pengedaran dadah yang membekalkan kokain Colombia melalui kartel Mexico ke Amerika Syarikat.

0 Komentar untuk "Polis buru lelaki bersenjata bunuh 3 model"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info