KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Rahman Yassin, yang meninggal dunia semalam.


Allahyarham ialah abang kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dikurniakan syurga (Al-Jannah). Al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan di laman Facebook dan Twitter.


Abdul Rahman, 76, meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada kira-kira 7.45 malam tadi. – BERNAMA