Monolith : Papan Lungsur Elektrik Pintar Terbaru Yang Canggih



Kehadiran papan lungsur terbaru berteknologi tinggi ini nampaknya bakal memeriahkan lagi permainan sukan lasak ini.

Dengan kehadiran Monolith ini anda tidak lagi perlu unutk menolak menggunakan kaki untuk mengerakkan papa selaju ini. Ia nampkanya sudah hadir dengan boleh diklasifikasikan sebgai kenderaan asas yang membolehkan anda bergerak kemana sahaja.


Didatangkan dengan dua roda yang digerakkan dengan kuasa elektrik dengan motor yang digerakkan oleh bateri papan lungsur ini pasti menjanjikan satu kelainan.

Ia mempunyai sistem kawalan kelajuan dan sistem brek dikawal dengan menggunakan aplikasi pintar dan ditambat menggunakan Bluetooth. Bagi menjimatkan kuasa bateri, tenaga elektrik boleh dijana semula dengan menggerakkan roda dan menggunakan tenaga haba dari sistem brek.

Terdapat juga satu slot USB pada bahagian bawah Monolith yang membolehkan anda mengecas peranti pintar anda menggunakan bateri papan lungsung.

Papan lungsur ini dikatakan boleh memecut sehingga 39 kilometer sejam dan bergerak sejauh 16 kilometer sebelum perlu dicas semula. Harga jualan papan lungsur elektrik pintar ini ialah $1099 dan ianya sedang mengumpulkan dana melalui Kickstarter. - Siakapkeli.com.my


0 Komentar untuk "Monolith : Papan Lungsur Elektrik Pintar Terbaru Yang Canggih"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info