Lynn Alkhaired Nafi Mas Anizan Madunya


Lynn AlKhaired atau sebelum ini dikenali sebagai Sharifah Haslinda menafikan dakwaan beliau kini bermadu dengan aktres era 90 an Mas Anizan apabila suami beliau Datuk Seri Reezal Merican dikatakan sudah berkahwin untuk kali ketiga secara senyap-senyap serta Mas Anizan yang telah didakwa berkahwin kali kedua  dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tanggan 7 November 2014.



Berikut adalah penjelasan daripada Lynn:-




Mas memang bukan madu saya. Semua yang timbul hanya spekulasi. Saya secara peribadi menyukainya. Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya selain mempunyai hati yang baik.


Sesama wanita saya mendoakan supaya kehidupan rumah tangganya dirahmati dan bahagia.


Saya tidak mengenalinya secara rapat tetapi tahu menerusi kawan baik beliau iaitu Zarina Zainuddin. Saya harap selepas ini tak ada lagi yang membangkitkan hal ini kerana ia memang tak benar.


Sebelum ini,  Reezal Merican juga turut memberitahu beliau tidak pernah berkahwin dengan Mas Anizan dan menegaskan beliau cuma ada dua orang isteri sahaja.


Sudah hampir 10 tahun Lynn tidak melibatkan diri daripada dunia lakonan dan kini menumpukan kepada rumah tangganya. Hasil perkahwinan bersama suami Reezal mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan dua orang cahaya mata perempuan.


Kami pun pelik siapalah yang buat cerita kononya Lynn bermadu dengan Mas Anizan? Mesti ada sesuatu disebalik pertuduhan tersebut kan? Tidak mengapalah mungkin ada cerita yang tidak didedahkan.


Sumber Berita: Berita Harian

0 Komentar untuk "Lynn Alkhaired Nafi Mas Anizan Madunya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info