Dua anggota pengaman maut helikopter terhempas



BAMAKO: Dua anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Belanda terkorban apabila helikopter mereka terhempas di utara Mali, kata sumber lapangan terbang dan PBB hari ini.

Helikopter dari misi MINUSMA di Mali terhempas kira-kira 20 kilometer dari Gao. Dua orang yang pada awalnya cedera, kemudiannya mati di tempat kejadian.

"Salah satu pesawat kami terhempas... Dua orang di dalam helikopter mati," kata sumber MINUSMA.

Kedua-dua mangsa adalah warga Belanda.


Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan Belanda berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat berkaitan nahas berkenaan.

MINUSMA mempunyai kira-kira 11,000 kakitangan di Mali dan kira-kira 670 daripadanya adalah warga Belanda.

Lebih 40 anggota pengaman terkorban sejak misi bermula pada 2013.

MINUSMA dianggap misi PBB paling berbahaya di dunia terutama mengakibatkan kematian yang ramai di kalangan tentera Chad. - AFP

0 Komentar untuk "Dua anggota pengaman maut helikopter terhempas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info