Gambar Qi Razali selamba peluk Nelydia Senrose Tersebar

Sememangnya sudah menjadi kemestian bagi kalangan artis untuk memuatnaik gambar-gambar menarik di laman Instagram peribadi masing-masing sebagai tatapan peminat setia.

Seperti biasa apa sahaja gambar yang mereka kongsikan pasti akan mendapat banyak komen dari para pengikut samada yang berbentuk positif, negatif atau pertanyaan.

Antara artis yang cukup aktif memuatnaik gambar peribadi ialah Nelydia Senrose. Beliau tidak pernah terlepas mengemaskini laman Instagram miliknya kerana mahu hubungan rapat dengan peminat terus terjalin selain tidak mahu dilabel sombong.


Begitupun, perkongsian Nelydia berkenaa sekeping gambar sedang intim dengan kekasih hatinya, Qi Razali tidak begitu disenangi peminat di laman facebook. Gambar tersebut telah dimuatnaik di facebook menerusi sebuah page gosip terkenal.

Kebanyakkan peminat yang memberi komen tidak begitu menyenangi tindakan pasangan ini terlalu intim dan berpegangan tangan memandangkan mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan sah dan hanya sekadar pasangan kekasih.



0 Komentar untuk "Gambar Qi Razali selamba peluk Nelydia Senrose Tersebar"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info