Neelofa Kini Bertudung Sepenuhnya Mengambil Keberkatan Ramadhan



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara rancangan ASTRO MeleTop, Neelofa, mengambil keberkatan Ramadhan pada tahun ini untuk tampil berhijab.

Pengurusnya Shawn Amer, hari ini berkata. “Memang sejak tiga bulan lalu Lofa mula dilihat mengenakan tudung terutama ketika menghadiri acara bersesuaian. Bagaimanapun tidak pula beliau melahirkan hasratnya itu pada saya. “Apapun, saya sangat gembira dengan keputusan yang diambilnya. Saya juga tidak lihat perkara itu memberikan masalah kepadanya dalam meneruskan kerjaya seni selepas ini, seperti pengacaraan dan sebagai duta produk,”

Penghijrahan Neelofa pemenang bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013 itu disahkan oleh pengurusnya,

Neelofa atau namanya yang sebenar Noor Neelofa Mohd Noor walaubagaimanapun tidak dapat dihubungi oleh wartawan bagi mendapatkan ulasan daripadanya berhubung perubahan imej berkenaan.
Berita tentang Neelofa, 25, mengenakan tudung telah mula diketahui peminat menerusi instagram adiknya, Ameera, yang telah memuat naik foto pelakon itu bertudung  dengan  keterangan gambar melahirkan rasa syukur dengan perubahan dilakukan oleh kakaknya pada Ramadan.

sumber : BH
0 Komentar untuk "Neelofa Kini Bertudung Sepenuhnya Mengambil Keberkatan Ramadhan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info