MENAKJUBKAN: Gadis 17 Tahun Masih Selamat Terjatuh dari Bangunan dan Tiga Besi Cerucuk Menembusi Badan


Patna (India) – Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat dari maut meskipun anggota tubuhnya telah tertusuk oleh besi cerucuk pembinaan setelah dia terjatuh dari atas bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan.

Sebanyak 3 batang besi telah menembusi badannya dan akibatnya mangsa cedera teruk. Namun begitu mangsa tidak berasa cemas kerana terselamat walaupun terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam kerana cerucuk besi itu menembusi perut dan pahanya.

Kemalangan itu berlaku selepas mangsa jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.  Mangsa dikenali sebagai Lovely, seorang gadis berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika ramai tetamu datang ke rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan. Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.

Besi tersebut berjaya dikeluarkan dari badan mangsa setelah pembedahan selama lima jam dilakukan oleh Pakar bedah. Lovey kini dilapor stabil keadaannya.

Mengulas mengenai hal tersebut, Dr KN Sinsha berkata “Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,”.

Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius. “Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.-Agensi
0 Komentar untuk "MENAKJUBKAN: Gadis 17 Tahun Masih Selamat Terjatuh dari Bangunan dan Tiga Besi Cerucuk Menembusi Badan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info