Gempak!!! Jersi Baharu Man United Ditaja Chevrolet

Wah Manchester United sudah ada Jersi baru. Jom ikuti laporannya dibawah :





Jersi Manchester United yang memaparkan Chevrolet sebagai penaja dikatakan bakal menjadi jersi versi baharu skuad tersebut pada saingan Liga Perdana Inggeris akan datang.

Jersi rekaan baharu itu dipercayai dimuatnaik ke laman internet selepas penyokong kelab itu berjaya mencurinya.







Jersi yang mendapat tajaan baharu itu sepatutnya diperkenal pada Isnin ini tetapi ia terlebih dahulu terlepas ke tangan penyokong fanatik.

Media England mendedahkan jersi baharu itu mendapat tajaan bernilai £53 juta daripada Chevrolet dengan jenama berkenaan menghiasi bahagian depan.

Rekaan jersi itu juga mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.




Via-SK



P/s : Sungguh cantik dan smart juga. Agak-agak anda berminat denga Jersi ini? Berapa pula harga di Malaysia....hehe
0 Komentar untuk "Gempak!!! Jersi Baharu Man United Ditaja Chevrolet"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info