Gambar Nabila Huda Sertai Misi Kemanusiaan Ke Kemboja

Dalam diam-diam kita cerita benda tidak elok kepada anak Amy search ini.. Ada kisah kebaikan yang beliau lakukan... Jom ikuti laporannya dibawah :




Awal bulan lalu, penulis mendapat khabar daripada orang kuat AlI’tisam Program Relief (ARP), pelakon ini akan bersama-sama dalam misi kemanusiaan ke Kg Ambel, Kemboja Ramadan ini. Terkejut juga.











Tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya pelakon ini akan melalui setiap saat di sana yang penulis gambarkan 50 tahun jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan keadaan kampung-kampung di Malaysia.






Mudah cerita, kalau kampung di sini dirasakan daif, di Kg Ambel lebih dahsyat. Menurut orang kuat itu lagi, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil ini, mahu mengisi aktiviti pada bulan Ramadan. Misi bantuan ke Kemboja menjadi pilihan berdasarkan pemerhatian aktres ini di perkampungan Wilayah Champa itu.






Menerusi kata-kata dalam akaun Twitternya, Abil begitu teruja sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pnom Penh. Sungguhpun cuaca terik memandangkan bumi Kemboja sudah hampir 10 bulan tidak dibasahi hujan, namun Abil menerimanya dengan tenang sekali.



Via-RotiKaya
0 Komentar untuk "Gambar Nabila Huda Sertai Misi Kemanusiaan Ke Kemboja"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info