Gempar!!! Gambar Gadis Pilihan Tunku Mahkota Johor

Terlebih dahulu Tahniah dan berita gembira buat TMJ .


Walaupun tiada pengumuman rasmi, berita Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka melangsungkan perkahwinan pada Oktober depan, tersebar luas di laman sosial terutama Facebook, semalam. 



Ini berikutan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial. 



Bakal isteri dari Gombak 








Surat edaran itu turut menyatakan nama bakal isteri baginda, Cik Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak, Selangor. 



Desas-desus sejak beberapa bulan 






Desas-desus mengenai perkahwinan Diraja itu sudah tersebar sejak beberapa bulan lalu tetapi setakat ini tiada pengesahan mengenainya sehingga semalam apabila surat mengenai mesyuarat itu tersebar. 



Tunku Ismail, 30, dikatakan mula berkenalan dengan Cik Khaleeda, berusia lingkungan 20-an sejak tahun lalu. 



Iringi majlis rasmi dihadiri Sultan Johor 






Baginda dikatakan pernah membawa Cik Khaleeda yang masih menuntut di sebuah universiti, dalam majlis rasmi yang turut dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. 



Bagaimanapun Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang dihubungi mengenai perkara itu enggan mengulas dan meminta menunggu pengumuman rasmi.



Via-MMH | Berita Harian
0 Komentar untuk "Gempar!!! Gambar Gadis Pilihan Tunku Mahkota Johor"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info