Ha, Ini Baru Betul Gambar Lisa Dan Yusry Atas Katil!

Bermula dengan gambar panas Diana Danielle dan Farid Kamil yang dikatakan ‘terlalu mesra’ dan tak sesuai untuk ditunjukkan kepada umum, tiba-tiba ramai pula selebriti lain memuat naik foto mesra termasuklah Rozita Che Wan.


2

Dek kerana foto-foto tersebut, kedua pasangan selebriti ini dikecam peminat yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Terbaru, pasangan Lisa Surihani dan Yusri turut terkena tempias yang sama.

Beberapa hari lalu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan foto mesra Lisa dan Yusri di atas katil. Peliknya, foto tersebut tidaklah menunjukkan sebarang aksi yang keterlaluan.




2

Foto Yusri & Lisa yang tersebar

Kami difahamkan foto tersebut diambil pada ketika sambutan hari lahir Lisa bulan lepas dan ia hanya memaparkan Lisa dan Yusry dengan pyjama diatas katil.

Bagaimanapun, semalam, melalui laman sosial Instagram, Yusri telah memuat naik foto mesranya dengan Lisa. Kelakar ada, comel pun ada.

Rupa-rupanya, ia bukanlah foto melampau, ia cuma bingkai gambar yang diletakkan diatas katil milik pasangan itu. Lebih mencuit hati apabila foto tersebut disertai dengan caption ‘ Ni baru betul “Gambar Lisa & Yusry” atas katil’.

2

Mungkin Yusri cuba berjenaka dek kerana penyebaran foto lama milik dia dan Lisa sebelum ini. Apapun, memang epic betullah troll Yusri ini.

Malah ramai peminat yang turut bersetuju dengan tindakan jejaka ini selain menasihatkan pihak tidak bertanggungjawab tersebut berhenti melakukan fitnah.

Apapun, kami doakan pasangan Yusri dan Lisa akan terus bahagia dan semoga mereka cepat dikurniakan cahaya mata.

Sumber: OhBulan

0 Komentar untuk "Ha, Ini Baru Betul Gambar Lisa Dan Yusry Atas Katil!"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info