Zamri mungkin boleh dibawa pulang untuk rawatan di KL

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Zamri mungkin boleh dibawa pulang untuk rawatan di KL
6/10/2015 10:03:46 AM

Zamri mungkin boleh dibawa pulang untuk rawatan di KL

PELUMBA SuperSports 600cc negara, Muhammad Zamri Baba. – Foto NSTP

JAKARTA: Hasrat membawa pulang Pelumba SuperSports 600cc negara, Muhammad Zamri Baba, untuk rawatan di Kuala Lumpur hanya boleh dilakukan paling awal dua minggu lagi, menurut Pengurus pasukan Mushashi Boon Siew Honda Racing Zulhelmi Ahmad hari ini.

Zamri kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Siloam di Tangerang dekat sini setelah cedera parah akibat kemalangan pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2015 di Litar Antarabangsa Sentul, dekat Jakarta, Ahad lepas.

Zulhelmi ketika dihubungi Bernama berkata, "Jika hendak dibawa pulang ke Kuala Lumpur pun, pihak hospital berpendapat ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

"Keadaan Zamri masih kritikal dan koma walaupun telah menunjukkan reaksi positif," kata beliau.

Zulhelmi berkata, sepasukan pakar perubatan masih memantau keadaan Zamri sehingga boleh diberi rawatan lanjut termasuk melakukan pembedahan.

Sebelum ini, Zamri dirawat di Hospital Pertamedika Sentul City di Bogor.

Beliau dipindahkan ke Hospital Siloam Isnin malam.

Zulhelmi berkata, pihak pengurusan Boon Siew Honda menanggung semua kos perubatan Mohamad Zamri dan telah membawa sembilan anggota keluarganya termasuk ibu, isteri dan anaknya ke Jakarta untuk berada di sisi Zamri.

Zamri, 34, yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc dianggap pelumba terbaik negara dan terjatuh dalam pelumbaan di Sentul itu sebelum dirempuh oleh sebuah motosikal dari belakang.

Akibat kemalangan itu, beliau terus koma kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Zamri mungkin boleh dibawa pulang untuk rawatan di KL"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info